Monday, January 17, 2011

2011 To Do List


Salam lovely peeps n how r u doing?

Owh! da masuk hari ke 17 pada 2011. Harap belum terlewat utk saya ucapkan Selamat Tahun Baru pd semua ;)


Saya tahu bersempena 2011, ramai yg akan membuat azam baru dan selebihnya memperbaharui azam tahun2 yang sudah yang masih belum direalisasikan (termasuklah diri saya sendiri)

Mungkin masih belum terlewat untuk saya menyenaraikan azam saya tahun 2011 di personal page ini dan diantaranya ialah :-


1. Ingin memperbaiki hubungan dgn Allah swt (dari segi amalan dan syukur kerana telah dibenarkan hidup di bumi ini untuk ke 3# tahun dan macam2 kesenangan serta kesihatan telah diberikannya, harus bersyukur sgt-sgt! Amalan n sedekah harus dipertingkatkan)


2. Nak jadi anak yang baik dan bertanggungjawab pada kedua ibu bapa
Syukur that I never failed to hantar duit to parents on monthly basis for the past 15 years. Ya Allah, Murahkanlah rezeki dan pjgknlah umur hambamu ini utk berbakti kpd mereka :) Amin. Nak sgt bwk mereka pergi haji dengan duit sendiri and also wanna be a good sister to my siblings and contribute as much to them.


3. Menjadi isteri yg baik dan solehah
Selama ni bukan saya tak baik tetapi nk cuba jadi lebih baik kepada En ZZ dan menjadi ibu tumpang yg garang baik untuk Lil Dania (alhamdulillah, pejam celik da setahun kami menjaga Dania, ya 7 bulan dgn bantuan maid dan selebihnya maid-less). M a proud mommy!


4. To concentrate on my own business n target for the highest CDM title if possible :)
My business which i've neglected for quite sometime juga bcos, again...never ending maid issue! Tiada org nk jaga Dania bila mommy nk ke class n meeting clients :( (btw i shud hv get d replacement maid by now but how to get kalau dgn agent2 sekali pun lariiii??? haih!) anyone volunteer nak partime jaga Dania? i so missed Wed and Sat class.


5. Nak berikan kemewahan pd suami dan anak juga!
Apakah impian perempuan sorg ni? kalau isteri lain sibuk nk menghakis duit suami, saya harap2 tahun ni, dapat kiranya saya mmberikan terbaik pd keluarga, ya kalau tahun2 lepas he showered and layan me with my craziness over bags...asyik2 handbags2 je utk saya n this year yeah! hopefully some savings and overseas vacation for my beloved hubby krn dia adalah suami terbaik di mata saya(ya mmg ini harapan saya, agar tuhan mendengar doa saya ini. Amin) Dia rajin memasak makanan kegemaran saya, membersihkan rumah dan menjaga princess bila mommy terpaksa balik lewat dr ofis! yes he does all tat fr d family n i bukanlah queen control. tqvm B, saya syg kamu!


6. Ingin memperbaiki hubungan saya dengan umat Muhammad
Esp sesama muslim dan manusia kerana semakin kita berumur semakin complicated hidup kita dgn org2 di sekeliling terutamanya dari segi pendapat, toleransi, statement yg disalah erti, tindak tanduk yg dipertikai kan dan byk lagi. Benar! memang susah nk pleased semua org lebih2 lagi dalam zaman teknologi ni dgn adanya fb, tweet, blog dsb yg dikira sbg dajal bergerak!


7. To make more frens! Apakah? ya d quality one la... (Quality is better than Quantity)
ya la, ingin cari kawan yg terima kita dgn ikhlas dan seadanya, tidak berpuak2, bergroup2, bertweet2 dan berkroni2 semata. Adakah di zaman skrg? rasanya kwn2 yg tak fake adalah kwn2 di alam persekolahan kot cos persahabatan tu pure..not becos we hv titles, harta, rupa, bags n branded stuff or watsoever. owh! i miss my old skol frens more now. *lap airmata* I even miss my used to b frens cos salahfaham membuatkan kami semakin terasing jauh. Ya sesungguhnya gadget dan teknologi terkini banyak meracuni dan menjadi kak-Nam utk yg memecah belahkan persahabat suci. Saya redha. *lap air mata*


8. Menjadikan diri ini smart earner n smart shopper
Ya, bila da gila shopping, haruslah pandai cari n simpan duit juga ! Now tanakla belanja ikut nafsu singa mcm waktu dulu. Harus utamakan smart shopping ok! Compare harga banyak-banyak kali before purchase atau tak payah purchase terus kalau benda tu tak penting.


9. Tanaklagi beli handbag yg merapu2 (seasonal)
I may consider on classic design or tak pun tak payah beli lagi! pakai n recycle apa yg ada je.


10. Kurangkan nafsu makan di tengah2 malam
Insomnia ini me atau mmg da jadi kebiasaan membuatkan nafsu makan saya naik pd waktu tgh malam dan ianya di tahap yg amat merbahaya walaupun uols nampak badan i slim melim aje.


11. Nak habiskan baca novels and books yang dibeli last year!
Byk ok! since takde maid ni, hobby membaca harus diketepikan cos tiada masa langsung! i bought a few of sophie kinsella's novel n have not started reading yet masih dlm sampul plastic ok, ada few buku agama n malay novel + magazine yg hanya sempat diselak2 tgk gambar je! uwaaa!!! gold pls give me back my precious time. sob! sob!


12. To update my blog frequently and to blog hopping more often
Ya, rindu untuk berkarya seperti dulu! Saya akui...too much to share but to little time. Saya telah kehilangan ramai di antara blogger frens that used to leave comments in my blog. Tidak sesekali saya berniat utk memutuskan silaturrahim dgn uols dan saya amat merindu uols tetapi masa amat terhad kini utk saya menjadi active commentors di blog kamu. Saya akan cuba curi masa untuk menjengah blog kamu kerana kita pernah bergaduh berkawan walaupun di alam cyber. *hugs* opps! dan pastinya saya akan menggunakan perkataan yang lebih siuman dalam dlm entry akan datang.


Ok! rasanya cukup apa yg disenaraikan cos kalau terlalu byk nanti takut x terlarat nk ditunaikan. I rasa banyak juga perlukan masa dan kuasa untuk direalisasikan.

Mudah2an Allah permudahkan kesemua azam ini. Insyallah. Amin.

oppss! watch for ths space cos I'll update more entry on my bags collection which i owe u guys for sooooo longgggggg. Thks.

1 comment:

Bettyfahmi said...

All the best Yani!!!

Love,Betty fr Penang :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...