Showing posts with label general. Show all posts
Showing posts with label general. Show all posts

Thursday, June 2, 2011

Peringatan untuk diri Sendiri Khususnya!


Tertarik dan terasa ingin berkongsi artikel dari blog en pembaris

Orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dengan azab iaitu neraka Saqar sebagaimana firman Allah s.w.t . yang bermaksud :

"Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ? Mereka menjawab : "Kami tidak menunaikan sembahyang".

Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:

Sembahyang Subuh
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.
Sembahyang Zohor
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam
Sembahyang Asar
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)
Sembahyang Maghrib
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.
Sembahyang Isya'

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.

Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan sembahyang ialah :
Sabda Nabi s.a.w. :
"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ..
• enam perkara di atas dunia
• tiga perkara sewaktu hendak mati
• tiga perkara sewaktu di dalam kubur
• tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan

Enam perkara seksaan di atas dunia

• Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada pada umurnya
• Dikurangkan rezeki di dalam usahanya
• Tiada dipelihara baginya agama Islam
• Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya
• Segala amal kebajikan yang diamalkan dalam dunia ini tiada diberi pahala oleh Allah akan dia.
• Tiada diangkat oleh malaikat ke langit akan segala amalnya

Tiga perkara sewaktu hendak mati

1. Dimatikan dalam kehinaan
2. Dimatikan dalam keadaan sangat lapar
3. Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan air kekerongkongnya sebanyakmanapun

Tiga perkara sewaktu dalam kubur

1. Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali dan Tuhan memerintahkan malaikat Munkar dan Nankir menyiksanya sehingga hari kiamat.
2. Didatangkan Allah seekor ular besar bernama SHWAUN-RAK yang keadaannya sangat dasyat, matanya seperti guruh dilangit menggigit dan membenamkan kukunya kepada mangsanya hingga hari kiamat.
3. Didatangkan malaikat yang bertongkat besi, sambil berkata dengan suara yang ganas dan kuat seperti guruh di langit seraya berkata: "Aku diperintahkan oleh Allah memalu (memukul) engkau daripada subuh hingga zuhur, dan zuhur hingga subuh"
Tiap-tiap kali pukul atau paluan itu tertanam tubuh kita hingga 70 hasta ke dalam tanah, maka dikeluarkan pula kukunya yang mana keadaan memakan masa selama sehari semalam dalam perjalanan.


Sunday, May 15, 2011

Berhati-hati melawat orang meninggal!



Artikel yg diambil daripada sahabat facebook untuk dikongsi sebagai iktibar...

Ni aku dapat dari email. Ada orang email aku, aku rasa aku patut share. Nak forwardkan email tu balik, tak larat ramai sangat. So, bacalah ni. Sama-sama kita ingat-mengingatkan. Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah. Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu). Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah... katanya) .

Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal. Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah. Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kamitersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam. Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan.

Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang. Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya. Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih. Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man.

Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris. Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran. Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan iktibar.


Monday, January 17, 2011

2011 To Do List


Salam lovely peeps n how r u doing?

Owh! da masuk hari ke 17 pada 2011. Harap belum terlewat utk saya ucapkan Selamat Tahun Baru pd semua ;)


Saya tahu bersempena 2011, ramai yg akan membuat azam baru dan selebihnya memperbaharui azam tahun2 yang sudah yang masih belum direalisasikan (termasuklah diri saya sendiri)

Mungkin masih belum terlewat untuk saya menyenaraikan azam saya tahun 2011 di personal page ini dan diantaranya ialah :-


1. Ingin memperbaiki hubungan dgn Allah swt (dari segi amalan dan syukur kerana telah dibenarkan hidup di bumi ini untuk ke 3# tahun dan macam2 kesenangan serta kesihatan telah diberikannya, harus bersyukur sgt-sgt! Amalan n sedekah harus dipertingkatkan)


2. Nak jadi anak yang baik dan bertanggungjawab pada kedua ibu bapa
Syukur that I never failed to hantar duit to parents on monthly basis for the past 15 years. Ya Allah, Murahkanlah rezeki dan pjgknlah umur hambamu ini utk berbakti kpd mereka :) Amin. Nak sgt bwk mereka pergi haji dengan duit sendiri and also wanna be a good sister to my siblings and contribute as much to them.


3. Menjadi isteri yg baik dan solehah
Selama ni bukan saya tak baik tetapi nk cuba jadi lebih baik kepada En ZZ dan menjadi ibu tumpang yg garang baik untuk Lil Dania (alhamdulillah, pejam celik da setahun kami menjaga Dania, ya 7 bulan dgn bantuan maid dan selebihnya maid-less). M a proud mommy!


4. To concentrate on my own business n target for the highest CDM title if possible :)
My business which i've neglected for quite sometime juga bcos, again...never ending maid issue! Tiada org nk jaga Dania bila mommy nk ke class n meeting clients :( (btw i shud hv get d replacement maid by now but how to get kalau dgn agent2 sekali pun lariiii??? haih!) anyone volunteer nak partime jaga Dania? i so missed Wed and Sat class.


5. Nak berikan kemewahan pd suami dan anak juga!
Apakah impian perempuan sorg ni? kalau isteri lain sibuk nk menghakis duit suami, saya harap2 tahun ni, dapat kiranya saya mmberikan terbaik pd keluarga, ya kalau tahun2 lepas he showered and layan me with my craziness over bags...asyik2 handbags2 je utk saya n this year yeah! hopefully some savings and overseas vacation for my beloved hubby krn dia adalah suami terbaik di mata saya(ya mmg ini harapan saya, agar tuhan mendengar doa saya ini. Amin) Dia rajin memasak makanan kegemaran saya, membersihkan rumah dan menjaga princess bila mommy terpaksa balik lewat dr ofis! yes he does all tat fr d family n i bukanlah queen control. tqvm B, saya syg kamu!


6. Ingin memperbaiki hubungan saya dengan umat Muhammad
Esp sesama muslim dan manusia kerana semakin kita berumur semakin complicated hidup kita dgn org2 di sekeliling terutamanya dari segi pendapat, toleransi, statement yg disalah erti, tindak tanduk yg dipertikai kan dan byk lagi. Benar! memang susah nk pleased semua org lebih2 lagi dalam zaman teknologi ni dgn adanya fb, tweet, blog dsb yg dikira sbg dajal bergerak!


7. To make more frens! Apakah? ya d quality one la... (Quality is better than Quantity)
ya la, ingin cari kawan yg terima kita dgn ikhlas dan seadanya, tidak berpuak2, bergroup2, bertweet2 dan berkroni2 semata. Adakah di zaman skrg? rasanya kwn2 yg tak fake adalah kwn2 di alam persekolahan kot cos persahabatan tu pure..not becos we hv titles, harta, rupa, bags n branded stuff or watsoever. owh! i miss my old skol frens more now. *lap airmata* I even miss my used to b frens cos salahfaham membuatkan kami semakin terasing jauh. Ya sesungguhnya gadget dan teknologi terkini banyak meracuni dan menjadi kak-Nam utk yg memecah belahkan persahabat suci. Saya redha. *lap air mata*


8. Menjadikan diri ini smart earner n smart shopper
Ya, bila da gila shopping, haruslah pandai cari n simpan duit juga ! Now tanakla belanja ikut nafsu singa mcm waktu dulu. Harus utamakan smart shopping ok! Compare harga banyak-banyak kali before purchase atau tak payah purchase terus kalau benda tu tak penting.


9. Tanaklagi beli handbag yg merapu2 (seasonal)
I may consider on classic design or tak pun tak payah beli lagi! pakai n recycle apa yg ada je.


10. Kurangkan nafsu makan di tengah2 malam
Insomnia ini me atau mmg da jadi kebiasaan membuatkan nafsu makan saya naik pd waktu tgh malam dan ianya di tahap yg amat merbahaya walaupun uols nampak badan i slim melim aje.


11. Nak habiskan baca novels and books yang dibeli last year!
Byk ok! since takde maid ni, hobby membaca harus diketepikan cos tiada masa langsung! i bought a few of sophie kinsella's novel n have not started reading yet masih dlm sampul plastic ok, ada few buku agama n malay novel + magazine yg hanya sempat diselak2 tgk gambar je! uwaaa!!! gold pls give me back my precious time. sob! sob!


12. To update my blog frequently and to blog hopping more often
Ya, rindu untuk berkarya seperti dulu! Saya akui...too much to share but to little time. Saya telah kehilangan ramai di antara blogger frens that used to leave comments in my blog. Tidak sesekali saya berniat utk memutuskan silaturrahim dgn uols dan saya amat merindu uols tetapi masa amat terhad kini utk saya menjadi active commentors di blog kamu. Saya akan cuba curi masa untuk menjengah blog kamu kerana kita pernah bergaduh berkawan walaupun di alam cyber. *hugs* opps! dan pastinya saya akan menggunakan perkataan yang lebih siuman dalam dlm entry akan datang.


Ok! rasanya cukup apa yg disenaraikan cos kalau terlalu byk nanti takut x terlarat nk ditunaikan. I rasa banyak juga perlukan masa dan kuasa untuk direalisasikan.

Mudah2an Allah permudahkan kesemua azam ini. Insyallah. Amin.

oppss! watch for ths space cos I'll update more entry on my bags collection which i owe u guys for sooooo longgggggg. Thks.

Sunday, December 26, 2010

Calling for MAHER ZAIN fans out there!!!



just a quick update!


kenal mamat ni???


MAHER ZAIN

fofularkan dia???

wanna watch his live performance???

joms!!!

Charity Dinner Show

@ Summit Hotel USJ Subang

Date : 26th, 27th & 28th Dec 2010

Time : 7.45 pm

1 table rm 2k (10 pax)
1 pax rm 200

tix price starting : rm200, 300, 400, 500


lagu diaa.....walllllaaaaaa Masyallah!!!

call me for booking 012 2048141

closing date : 25 dec 2010

Monday, December 20, 2010

Yesza!!! Senangnya dalam hati...



rumah idaman...checked!


bling bling idaman...checked!

kereta idaman...checked! 4 skali

ultimate handbag...checked!


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha.

Kita juga tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, membuka aurat ,suka mengumpat, mengeji, clubbing, minum arak, berzina, berjudi dll tetapi hidup dan bisnesnya semakin menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Serba-serbi perfect!

Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang jahil dan bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan mereka yang mempraktikan ajaran ISLAM semakin tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda dan marilah kita bertanya pada diri kita sendiri...

Adakah kita semua tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya. (Nauzubillah minazalik)

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah.

Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak! semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat & sentiasa melakukan maksiat pun berjaya. Siapa kata solat dan berbuat baik tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

"Ya Allah, kau lindungilah diri ini dan keluargaku serta umat islam lain khususnya dari sifat Istidraj itu." Amin.

Mari kita sama-sama bermuhasabah diri. Mari kita fikirkan apakah tujuan kita dihidupkan di dunia ini? Sesungguhnya kehidupan dunia adalah sementera dan akhirat jua adalah tempat selamanya. "Jgn kau larikan daku dari landasan sebenar daku sebagai seorang mukmin di dunia ini ya Allah". Amin.

Apakah semua di atas dapat kita bawakan bagi menjawab soalan malaikat Mungkar dan Nangkir??? Fikir fikirkanlah dan selamat beramal....

'Solatlah kamu sebelum kamu di solatkan'

Sesungguhnya yg baik itu dtg dari Allah dan yg kurang itu adalah daripada kejahilan diri saya sendiri.

Source : google : fb & blogspot

Thursday, December 16, 2010

M so touched by ur comment...


to mr/ms Anon : Insyallah I''ll try to minimize my handbag collections as many as possible.
Kita hanya mampu merancang dan Allah swt yg menentukan, saya masih dlm proses belajar dan harap tegurlah bila ada entry saya yg agak 'keterlaluan'. Saya hanya manusia biasa :)

to my lovely frens : Nurul Zia, Nisha, Intan Latiffa, Azlinda and many more....ur positive reply via sms, bbm and emails on my previous entry is much appreciated. Thank you all. *hugs*

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432 to all Muslims


pic google

Assalamualaikum wbt peeps.

Sedang semua sibuk menghitung countdown akhir tahun masehi yg akan dtg pd 31 Dec, dan sedang semua mengatur plan di manakah sambut countdown itu diadakan dan dari arah sudut/ hotel mana pula dpt disaksikan bunga api yg paling happening.Saya percaya semua ini bermain2 ligat dalam minda manusia yg teruja menantikan TAHUN BARU. Sebagai umat Islam jgn kita terlalu mengikut budaya barat dan marilah kita sama-sama merenung apakah keistimewaan hari ini (petang) serta esok bagi semua umat ISLAM sedunia.


Seharusnya...

pada hari ini, kita sama2 menadah tangan berdoa dan memohon ampun dari maha pencipta kita iaitu Allah swt. Renungkan kembali amalan kita, sedekah kita dan kerja kebajikan yg telah kita lakukan setahun yg sudah, ada kah cukup byk untuk kita bekalkan di hari AKHIR kelak?

Sesungguhnya, saya yg daif serta jahil ini, terasa terlalu byk benda yg perlu dilakukan dan terlalu kurang amalan saya sebagai umat Muhammad, terlalu lalai saya dengan permainan dunia, seharusnya..saya mohon ampun dan bertaubat di atas kejahilan saya sebagai hambamu ya Allah, dan marilah kita sama2 menyambut tahun baru Maal Hijrah esok dengan seribu keinsafan dan kesyukurkan kpd Allah swt kerana usia kita telah dilanjutkan untuk bertemu tahun baru dalam keadaan sihat walafiat dan seharusnya kita menangisi dan menginsafi pemergian tahun 1431H kerana ia tidak akan kembali. Oleh itu marilah kita sama2 perbanyakkan muhasabah diri kerana perkara itu akan menyekat kita dr melakukan perkara yang mugkari Allah swt


Oleh itu marilah kita sama-sama mengamalkan doa dibawah :-

Doa Akhir Tahun

Bacalah doa ini tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, bisa dilakukan sesudah ashar atau sebelum maghrib pada tanggal 29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon ketika kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini akan mendapatkan ampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diridhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal shaleh tersebut diterima oleh Allah Swt.

Doa Akhir Tahun

Bismillaahir-rahmaanir-rahiim

Wa shallallaahu 'ala sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa aalihi wa shahbihii wa sallam.

Allaahumma maa 'amiltu fi haadzihis-sanati mimmaa nahaitani 'anhu falam atub minhu wa lam tardhahu wa lam tansahu wa halamta 'alayya ba'da qudratika 'alaa uquubati wa da'autani ilattaubati minhu ba'da jur'ati alaa ma'siyatika fa inni astaghfiruka fagfirlii wa maa 'amiltu fiihaa mimma tardhaahu wa wa'adtani 'alaihits-tsawaaba fas'alukallahumma yaa kariimu yaa dzal-jalaali wal ikram an tataqabbalahuu minni wa laa taqtha' rajaai minka yaa karim, wa sallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin Nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihii wa sahbihii wa sallam
Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.


Doa Awal Tahun
Bacalah doa ini tiga kali saat kita memasuki tanggal 1 Muharam. Bisa dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai Mu'min memohon kepada Allah Swt. agar dalam memasuki tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan.

Doa Awal Tahun
Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma antal-abadiyyul-qadiimul-awwalu, wa 'alaa fadhlikal-'azhimi wujuudikal-mu'awwali, wa haadza 'aamun jadidun qad aqbala ilaina nas'alukal 'ishmata fiihi minasy-syaithaani wa auliyaa'ihi wa junuudihi wal'auna 'alaa haadzihin-nafsil-ammaarati bis-suu'i wal-isytighaala bimaa yuqarribuni
ilaika zulfa yaa dzal-jalaali wal-ikram yaa arhamar-raahimin, wa sallallaahu 'alaa sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam
Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.

gogled -jafar soddiq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...