Monday, August 9, 2010

Surah Rezeki dan Lapang Dada - Surah Al Inshirah/ Alam Nasyrah...


_ Dalam menjalani rutin harian, kita tidak terlepas dari berasa STRESS dan TENSION dalam menghadapi urusan serta perliku manusia yg pelbagai rupa, gaya dan sebagainya. Dengan itu marilah kita berkongsi dan mengamalkan surah di bawah bagi menghilangkan perasaan sedemikian dan menjadikan kita semua tenang dan sabar menerima kesemuanya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah. seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku.”

- Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.

- Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

- Barangsiapa membaca Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...