There was an error in this gadget

Tuesday, July 31, 2012

FIKIRKAN BOLEH!!!




APA PANDANGAN ORANG LAIN KEPADA KITA BUKAN MASALAH KITA.
TAPI MASALAH DIA!

Anda perlu Percaya kepada Diri Sendiri, Walaupun Tiada Siapa pun yang Percaya. Itulah yang Menjadikan Anda Juara.

Masih terngiang di telinga saya Guru Kejayaa
n dan Mentor saya berkata. 'Sekiranya syarat utk. berjaya perlu mendapatkan Kepercayaan Orang Lain, sudah pasti ramai yang tidak pernah Mencapai suatu apapun.

Yang pasti kita perlu membuat keputusan berkaitan Perkara yg. Kita mahu buat atas matlamat dan Kemahuan kita. Jangan Bergantung pada matlamat dan Kemahuan . Pendapat. Pertimbangan orang lain. Walaupun orang yg Paling Rapat dgn Kita.

Jangan risau pendapat dan Pandangan Orang lain. Ikut saja Naluri dan kata hati kita' itu Pesanan Guru Kejayaan saya. Ada banyak juga Kebetulannya.

Teringat pula Hukum 18/40/60 ciptaan Dr. Daniel Amen. Katanya. Ketika kita berumur 18 Tahun. kita risau Memikirkan pendapat dan pandangan orang lain mengenai diri Kita.

Bila mencapai umur 40 tahun, kita tidak peduli Apa Orang Lain Kata pasal Kita.

Bila usia kita 60 tahun, baru lah kita sedar tiada siapa pun 'Memikirkan Hal Kita' ini memang satu Kejutan!

Selalunya, tiada siapapun yang memikirkan hal kita sangat! Kerana orang lain 'Terlalu Sibuk Memikirkan Perihal Kehidupan dan Masalah masing2'

Hakikatnya, jika pun mereka berfikir hal kita. Mereka sebenarnya tertanya2 juga Apa yang Kita fikirkan Tentang Mereka!

Kesimpulannya, memang lumrah Manusia , mereka hanya Berfikir berkaitan Diri Mereka Sendiri, Bukan Hal Orang lain. Jadi. Daripada dok peningkan kepala memikirkan hal diri kita dari kaca mata orang lain. Lebih baik kita habiskan masa memikirkan matlamat kita dan menjayakan impian kita!

Mari sama sama kita Renungkan Hakikatnya, Semoga ianya memberi kesan Positif pada Diri Anda! - dipetik DDMH


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget