Tuesday, April 12, 2011

Kajian vs Alasan : Tabiat Wanita Ketika Membeli Belah


Terpanggil utk menulis pabila terbaca salah satu entri di blog jejak kacak yg sanggup mengkaji tabiat wanita ek...Terhibur juga dgn kajian dia tapi biar saya sebagai wakil kaum HAWA memberi alasanulasan dari prespaktif KAMI...baru la balance *wink* clap!clap!clap!


Menurut satu kajian yang dijalankan oleh majalah Anjung Seri baru-baru ini, kaum wanita menghabiskan lebih kurang 8 tahun di sepanjang hidup mereka untuk pergi membeli belah. 8 tahun, wahh lamanya. Tetapi ini bukanlah satu statistik yang mengejutkan. Kaum wanita dan shopping memang tidak dapat dipisahkan lagi. Mana ada gadis yang tak suka shopping bukan? Kalau satu minggu tu tak dapat pergi kompleks membeli-belah, pasti kitar haid mereka jadi tidak menentu seterusnya menjadikan mereka bengis dan asyik nak marah pasangan mereka. Jadi usahlah kita mengganggu fitrah kejadian wanita yang ketagihan membeli-belah ini. Sebaliknya, kita sebagai orang lelaki yang understanding harus embrace tabiat mereka dan at least berpura-pura untuk menunjukkan minat ketika menemani mereka bershopping. Di sini saya ingin membentangkan hasil kajian terhadap tabiat wanita ketika membeli-belah agar kita dapat memahami mereka dengan lebih mendalam. Ayuh teruskan membaca.

1) Kaum wanita boleh berjalan selama 3 jam tanpa membeli apa-apa

Orang perempuan ni satu benda je yang mereka malas nak buat; bersenam. Tapi kita tengok ramai je orang perempuan yang fit naik bukit Broga pun tak pancit malu je kita orang lelaki. So apakah rahsia di atas 'kefittan' mereka ini? Mengikut satu eksperimen sains yang dijalankan, ketika membeli-belah, kaum wanita akan merembeskan hormon yang menjadikan mereka hyperactive dan meningkatkan kadar metabolisme. Shopping adalah senaman untuk kaum wanita. Perasaan penat mereka akan hilang apabila melihat iklan potongan seingga 70% di Parkson Grand. Selalunya mereka akan mengalami amnesia apabila melihat kasut Aldo yang murah walaupun sebenarnya mereka dah lalu dah kedai tu tadi. Itu yang pusing-pusing sampai 2-3 round di tempat yang sama. Baguslah boleh bakar kalori yang berlebihan.

Walaupun kad kredit sudah di block, itu tidak akan menghalang mereka untuk melakukan windows shopping. Tak dapat beli tengok pun jadi. Kira macam buat survey dulu lah terhadap apa yang bakal disambar pada hujung bulan nanti. Roarrr!


Alasan : Memang sebagai kaum hawa, kami dilahirkan mempunyai kekuatan yg luar biasa tahap SUPERWOMAN ok. Kekuatan dalaman kami tidak perlu dipertikaikan, cuma zahirnya mmg nampak lemah longlailembut je. Kalau tak, takan la boleh mengandung sembilan bulan sambil belajar or belajar sambil mengandung, belajar sampai dapat scroll lagi degree or master lagi, pastu buat MLM sambil2 tu naik pangkat CDM ko, then buat parttime jual tupperware etc. Pada yg bekerja plak, balik umah, zasss x sempat tukar baju da bersilat kat dapur tanpa sempandan ayat benashaari plaks, sambil2 rtu update blog business, kasi makan anak, memasak, membasuh melayan family makan, basuh pinggan mangguk etc...pastu last2 kena layan suami plak 18SX..owh! da melalut plak...ha tu la menunjukkan kekuatan dalaman yg ada pada kaum HAWA. kalau x kuat dalaman, harus ada kaum hawa yg terjun bangunan pasal stress bekerja dan melayan keluarga. Rasanya2 nye la 24 jam pun tak cukup utk kaum yg serba multi-tasking ini. Btw...3 jam tu amat sedikit rasanya...cos ada diantara kami yg bole berjalan lebih daripada 6 jam utk shopping. cuba bayangkan kalau kami dilepaskan ke Pasar Payang, Pasar Tani, Pasar Borong, Protobello Market, tak pun paling dkt...nu haaaa KLCC or Pavillion je...lepaskn dari 10am (waktu shooping mall dibuka) sehingga 10pm (waktu ditutup)...rasa-rasanya la..brapa paperbag yg bole dibawak keluar dgn 2 tangan + 10 jari kami tidak termasuk trolley....Bayangkan ye tuan-tuan........


2) Impulse shopping

Kaum wanita sering cuba menipu diri sendiri dengan berkata di dalam hati "Ok hari ini aku yang pergi windows shopping je. Aku janji aku takkan beli apa-apa". Sesungguhnya keazaman itu akan berakhir dengan sekelip mata apabila melihat blouse terbaru yang dipakaikan di patung M & G. Apabila telah melihat sendiri sesuatu produk itu, ditambah pula dengan pujuk rayu salesman bapuk, ditambah lagi dengan promosi buy '1 free 1', maka kaum wanita akan hilang kawalan diri dan mula membeli-belah secara tidak rasional.

Untuk menyedapkan hati. gadis-gadis mungkin berkata begini, "Alah apa susah I duduk rumah je so takyah risau nak beli itu ini". Well kenyataan itu boleh disangkal kerana duduk rumah pun boleh berlaku impulse shopping. Kita korang sedang asyik membaca laman blog lelaki tampan macam blog ini, tiba-tiba korang ternampak pula iklan baju di latar belakang. Macam menarik sahaja tone warna dan design baju itu. Lepas tu terbayang pula anda jadi model baju itu. Hmm ok juga baju ini I nampak kurus u know. Tanpa berfikir panjang korang terus klik iklan tersebut dan sampailah ke laman web Zara. WAUU KALAU BELI ONLINE DAPAT DISKAUN 10%! Kaching insert credit card number insert CVC number ahah!

Alasan : Sebenarnya bukan impulse tu..tu namanya shopping berhemah, beli dulu, pakai kendian..yelaaa mana tau kot2 esok lusa barang tu ada habis stok ke, takde saiz ke esp for limited edition atau da naik harga ke? Jadi bila2 masa diaorg buat sale tu, maka haruslah kita membeli bagi membantu menjana ekonomi negara utk menjadi sihat. (walaupun kadang-kadang poket tak berapa sihat ;) Kalau beli satu jenis bermacam-macam color pulak adalah sebagai contigency utk mix n match, kan ke senang utk dipakai bila diperlukan n x perlu la melakukan last minute shopping yg dan mmg sah2 lah akan menjadikan kebarangkalian tidak mendapat sesuatu yg diidamkan itu amat tinggi. Faktor wardrobe tak muat atau tiada tu tak perlu dipertikaikan kerana brg2 shopping bole disimpan dlm beg shopping yg dicampakdilonggokkan je kt dlm bilik, contohnya beli handbags/ kasut Gucci, Chanel, SF, Bata, Marc Jacob, Coach, Jimmy Choo etc...melambak2 sampai x tau bila nk dipakainya, tapi shoe rack/ shoe cabinet langsung xde kt umah sekangkang kera tu" Di sini, faktor tiada closet/shoe cabinet bukanlah masalah besar bagi kaum HAWA yg semenangnya bernafsu besar. Yg penting, barang di display butik telah berjaya dipindahkan ke rumah mungkin selesa/ tidak selesa bagi sang kasut/ hanbags tersebut! yg penting kasut/ handbags/ baju2 tersbeut sedia menunggu giliran untuk dipakai/ digayakan in any ocassion even mmg takde occassion langsung pun to attend hahaha Jadi haruslah "sediakan payung sebelum hujan" Pepatah ini sentiasa terpahat dalam ingatan semua shopaholics! ada betul?!?!?...janji bila nk tido tu bole tenung n cium kasut2 n handbags tu dulu dgn ucapan.."goodnite darling!" ;)

3) Cuba banyak baju di fitting room, snap dan mobile upload ke Facebook

Huiii bila syahwat sudah menguasai diri, habis semua baju disambarnya. Yang nampak separa dada, yang terbelah sehingga ke peha, yang ada zip di punggung semua kita nak cuba try test. Cuba je tak beli pun. Lepas tu dalam fitting room kan ada cermin gadis-gadis mana boleh bertahan kalau nampak cermin. SNAP! Kamera 2 megapixel di telefon bimbit sudah cukup untuk menampakkan imej seksi kita dengan jelas dan gambar itu segera dimuat naik ke Fesbuk untuk mendapatkan maklum balas daripada rakan-rakan lain. Jangan lupa letak caption "Ummm I nampak gemuk la...."

Alasan : Mencuba bykkkkkkkkkkkkkkk baju adalah kegemaran kami! yala kalau tak cuba byk2 masakan tahu mana yg sgt sesuai utk si tubuh yg kering/ tembam ni! Lagipun mencuba itu adalah FOC (tanpa bayaran) apa lagi cuba la selagi daya dan selagi cermin di fitting room tu tak retak menanti belah! Bila da cuba tu, kiranya mcm ambil mood la utk membeli brg2 yg mmg kadang2 tak sesuai pun di badan tapi disebabkan hobby mengirai duit ada dlm diri kami, kami gagahi juga usaha murni ini.

Lebih2 kalau ada contest dari mana2 jenama mcm ZARA or MNG yg tidak memerlukan kami membeli mahalan mahukan kami beraksi dengan barangan mereka dan mengadakan sesi fotografi upload dlm fb/ blog then org vote sendiri utk tujuan contest, sape la yg x teruja kan! hadiah yg ditawarkan pulak adoimak lumayan. So pakai FREE, snap2 pix........,masuk contest dapat hadiah!!!!!! sape tanak!!!!!!!! amat rugi dan bodoh la org yg menolak peluang ni. Jadi hobi menerai dan camwhoring dlm fitting room oleh kaum kami tidak bole dipertikaikan lagi ok! Period!



4) Minta pendapat lelaki, tapi tak pernah nak ikut

Secara jujurnya, adakah kalian suka orang lelaki teman anda shopping? Anda memang menipu jika anda suka. Takkanlah nafsu shopping anda tidak terbantut setelah melihat wajah sugul kami membuntuti anda mencari kasut Nose? Anyway orang lelaki walaupun sebosan manapun aktiviti membeli-belah itu, mereka tetap akan menemani anda kerana mereka cintakan anda. Kalau nak bagi teman lelaki anda kembali segar, anda bawalah dia pergi membeli-belah baju dalam Triumph. Berbalik kepada persoalan asal, kaum lelaki hanya akan memberi jawapan yang generic ketika ditanya tentang baju manakah yang lebih cantik. Jawapan kami sudah pastilah 'Dua-dua pun ok'. Kalau terpaksa membuat pilihan sekalipun, anda memang tak akan ikut punya pendapat kami.

Ini kerana anda menganggap kaum lelaki ini langsung tiada fashion sense, melainkan lelaki itu adalah seorang arbok. Malahan, apa yang lebih memanaskan hati kami adalah anda akan memilih baju yang kami TIDAK pilih, kerana anda menganggap pilihan orang lelaki sentiasa salah. Tapi in the end anda akan beli dua-dua baju juga so tiada point la anda tanya pendapat kami at the first place.

Alasan : Bukannya tanak ikut, tapi kaum kami ni bersikap adil, bila bershopping...si gf/ isteri mestilah minta pendapat pasangan utk dptkn blessing atau dibayar bilnya hahaha. Kami suka mendengar pandangan org luar terutama org yg rapat dgn kami, bila dpt pandangan tu, kami jadikannya referesi shopping kami walaupun selalunya tidak cos kami lebih suka ikut kata hati sendiri (konon ikut la pepatah mat salleh : follow ur instinct *vomit* Biasanya kalau kami tanya mana satu tu..maksudnya kami nk dua2 sekali...selalu ada yg tersurat dari tersirat hahaha biasala mainan psychology tu penting! Moral of the story Kami mmg suka buat mcm tu...saje suka-suka n mungkin harus kena pelempang juga but itulah lumrah kami :)



5) Beli, tapi tak pernah pakai

Ok gadis-gadis, mari kita buat satu eksperimen. Pergi ke dapur. Isi air ke dalam cerek kemudian panaskan air itu sehingga mendidih. Ok yang tu aku saje je nak susahkan korang tiada kaitan pun sebenarnya. Yang sebetulnya, sila pergi ke almari anda. Buka almari anda dan sila kira berapa pasang baju yang anda beli tapi anda tak pernah pakai sekali pun. Pandang bawah sikit tengok berapa pasang kasut tumit tinggi yang anda tidak pernah sarung di kaki

Banyak bukan? Inilah akibatnya membeli-belah mengikut nafsu serakah. Ya, orang kata wanita ada 9 nafsu dan 7 daripadanya adalah nafsu shopping, tetapi itu tidak bermakna anda harus menyambar setiap kasut tumit tinggi 6 inci semata-mata hendak menjaga status fashionistas anda. Kadang-kadang mereka beli sebab nak brag dengan jiran-jiran ataupun saudara-mara semasa sesi mengumpat. Nak pakai bukannya muat pun nak nak pulak baru lepas kahwin makin di pam pam badan.

Eh gadis-gadis tidak boleh PMS membaca entri ini kerana apa yang dinyatakan adalah benar-benar belaka ezajerit sikit-sikit je. Alah kalau marah pun terapi dia senang je, pergilah membeli-belah! Hihi. Ok ok bagi menampakkan yang saya ini seorang yang adil, mungkin saya akan buat entri Mengkaji Tabiat Jejaka Ketika Membeli-Belah pula (tipu). Selamat membeli-belah!

ALASAN : Mmmm...camne nk cakap ni. ok la meh i eleborate skit, kaum kami ni mmg suka buka kerja amal. Kami suka membeli belah ..lepas kami beli kami belah or dengan kata lain, ya la beli beli dan beli cos back in our mind...nk pakai or kalau tanak bole la sedekah kt family, adik2 or kwn2..tup2...beli time sales mestilah murah dan byk bole dijimat, jadi haruslah rembat time tu jugak after a yr tau2 da tergemok sebab tak pakai Premium Beautiful corset (eh apa kes). baju yg dibeli x muat lagi ..so basically bukan kami suka membazir, keadaan yg kadang2 tidak mengizinkan. walau apa pun kami amat2 menghargai setiap pembelian kami tau! walaupun kami tak pakai, kami beri kt org, kami jual pd kedai preloved etc so org lain boleh beli dgn harga yg lebih murah. secara tidak langsung, hobbi gila kami ni juga dapat membantu ekonomi negara dan org2 yg kurang berkemampuan. Sekian terima kasih.

p/s : ALASAN : alasan /ulasan ini adalah dibuat utk suka2 bagi menjawab kajian jejaka kacak ini. Credit to him :) *tiada kena mengena dengan yg hidup atau si mati*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...