Monday, August 23, 2010

combo yg mengasyikkan ;))


hello earthlings!

camne dgn ibadat puasa uols?

alhamdulillah, mak kagum setakat ini cos berjaya menyambut Ramadhan dan gigih berpuasa pada hari yg ke 14 ini. syabas mere bete!

bercakap tentang puasa, pelbagai juadah berbuka dan sahur di sediakan dari sekecil2 gerai di bazar Ramadhan dan sebesar gabak hotel takde bintang sehingga ke taraf 6 bintang.

bulan puasa tahun ini, masih tidak terbuka hati utk iftar di hotel2 terkemuka yg mcm cendawan tumbuh di KL ni krn i merasa bahawa diri ini dikhianati oleh hotel2 tersebut yg mengenakan harga yg amat tidak berbaloi utk mentekedarah tahap dewa seseorang.

yala! kalau da satu kepala rm70++ sehinggan ke 150++ apa cite kan? boleh atau sempat ke uols nk menghabiskan smua makanan yg didisplay dan kemudian nak berkerjar menunaikan solat terawikh tu atau laratkah perut kamu untuk menampung ke semua tu? fikir-fikirkanlaaaa.....

bercakap ttg hotel, baru2 ni JAKIM n JAIN telah mengeluarkan list hotel berstatus HALAL yg telah diiktiraf oleh mereka dan hanya segelintir kecil sahaja yg menerima, ini membuatkan i lagi was-was utk makan di hotel2 taraf berbintang2.

jadi penyelesaian mudah sahaja....

carilah kedai melayu/ islam yg seharus dan sememangnya mengambil stok dr usahawan dan sumber HALAL *wallahualam* , cara penyediaan makanan, barang2 yg digunakan, sumber bahan2 mentah serta ayam n daging adalah dari sumber yg bole dipercayai



atau

cara yg paling mudah...





pilih lah menu ini, kerana ianya pasti ditanggung beres HALAL



ais kopi kluang

beserta keledek rebus cicah sambal bilis+kelapa parut utk sahur dan berbuka

ringkas dan jimat sangat bukan?
x payah pening2 kepala tentang status HALAL nya!

i tidak bertanggungjawab atas kekecuran anda sewaktu membaca entry ni ;)

dan mendapat kembung perut selepas memakannya selepas seharian berpuasa

*lap air liur* & peace!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...