Showing posts with label chillex. Show all posts
Showing posts with label chillex. Show all posts

Monday, June 13, 2011

Crossroads, Concord KL


Seringkali kami mencari masa untuk berdua-duaan dan syukur bersempena school-break ni, dapat la mommy & daddy berdating :)

Da lama tak layan liveband n we did it on last Fri night @ Crossroads, Concord Hotel KL

tempat yg tidak berubah cuma crowd yg da bertukar, tiada lagi badge kami yg hang-out di sana, rata2 muka org luar, mungkinkerana ageing factor atau mereka telah berubah angin atau mati???

quality time digunakan sepenuhnya oleh kami berdua :)
sampai di Crossroads jam 11pm n semua kerusi telah penuh, terpaksa juga berdiri 1/2 jam menunggu dan berjaya duduk bila couple Jepun beredar.

3 bands performed that night & kesemuanya adalah KURENG!
not good! hanya 1 group from Philippine yg boleh la diberi 3 bintang but still tak best cos d female singer tu obes la pulak tak bole I nk cuci mata tapi suara boleh la tahan.

thanks hubby *hugs cos sudi layan I yg byk songeh ni walaupun zaman clubbing da over, mak tetap suka menjamu telinga dgn lagu/tempat yg dapat mengembalikan nostalgia ;)


we left d place @ 2am. Dalam termengantuk tu maka tempat yg sempat I posing ialah carpark! keji ok... dalam hotel tak terfikir pun nak bergambar



hanya 2 benda yg buat i akan datang semula ke crossroads

crunchy pai-te dimakan dgn fries n sos + fresh kiwi drink yg sememangnya layannnnn!!! sumpah lebih sedap dari red wine ok *wink

ya! snack yg sihat dimakan bila diri da masuk 3 series ni *tua akak!

Friday, February 11, 2011

Chillex with Dancing Queen


Sudah agak lama kami tidak meronggeng bersama...hampir setahun juga!
Seingat i , the last we had our anak beranak (daddy, mommy n dania) niteout was in Dec 2009..fooh! lama tu ;)

knowing my lil Dania, dia suka music! dia ni jenis happy go lucky!


we brought her to the hotel lounge after dinner fr chillex @ Dorsett Subang.



Just look at her expression and reaction bila dgr saja muzik!


mmm...looks good! whos' performing tonite...
ok! roh happening sudah mari! masuk badan n sudah mula groovin to the music ;)

see, i told u...she's d kinda yg mmg syok sendiri!

letih ok! confused la jugak dgn music beat yg mcm-mcm ada!
still on groovin mood! tapi y la itu mulut sudah muncung?!?!!!




uish muncung nya!!!

nk buat peace! tapi x pandai lagi dia...


Tahun 2011 menjelma, mommy tiba-tiba terasa gatal nak melepak di Concorde KL iaitu tempat bercinta muda-muda. ahaks!
kalau waktu single dulu bole la ajak frenscandal melepak sesama
tapi bila da berkahwin ni, ukuhwah family harus diberi keutamaan

maka, kedua mereka adalah mangsakeadaan yg yg diheret bagi tujuan ronggeng mommy!


nasib baik 'couple' ni agree temankan i! TQ laling

okla! bersemangat ni nk masuk HRC
kami berposing la dpn Havana

kunun nk layan liveband in HRC! apa gile?? bila da diukur ketinggian? maka si kecik ni tidak dibenarkan masuk atas sebab keselamatan *lap air mata*

pergi pulak ke lounge utk masuk Crossroad!
aduhhh sekali lagi kami dihalau kerana budak kecik tidak dibenarkan melepak
hanya remaja 18 tahun ke atas

aduhhh lamaa lagi tu Dania bole lepas to lepak kt sini,
mau berjanggut kalau mommy tunggu aiyooo!!! 15 tahun lagi??? ntah sempat ntah tidak!


ok la dgn perasaan hampa kami keluar dri Concorde yg tak 'kids friendly' ni!
nyampah!

tgk tu! Dania boring sampai sanggup dia korek idung tunjuk protes pd hotel ni!!!


takan la nk balik rumah awal-awal ni! lagipun weols da pakai cantik2, sungguh tak vogue ok kalau spent mlm minggu di rumah dgn menonton hantu mak limah balik rumahtv aje!

otak kami berfikir ligat......esp daddy la!
*ting* idea datang!!!

maka zasssss kami ke lokasi yg disuggest daddy, mana tak lagi kalau bukan lounge yg memang KIDS FRIENDLY in Dorsett Subang!


yes! kedatangan kami dialukan!
yeah! deko yg tidak berubah sejak 2009. daisy flower n some titbits

maka,bolelah si kecik ni duduk dgn tenang dan selesa....

while munchy her kudapan

n sambung tengok lagi!
sambil main peek-a-boo

dan jadi robocop juga!

mlm tu ada Liverpool match n daddy can watch his fav team playing!


Overall, kami sgt happy! cos all of us bole chillex dengan amannya di sini.

To parents yg nk bawa anak chillex, Dorsett ni mmg highly recommanded la, tak la bising sgt, s smoky n bak kata org SESUAIIII utk seisi keluarga!


phew! we finally retire for the day @ 1am. phew!
one happy face n one satisfied Dorsett customer ;)

Friday, October 8, 2010

home sweet home ;)


salam peeps!
i harap dgn perpindahan ke wallpaper baru, akan tambah bersemangat la i update blog ni!
yala color pun merah berahi & segar. harap2 agar blog ni akan sentiasa segar diupdate dari semasa ke semasa, insyallah.

sambutan raya yg baru berlalu membawa saya kembali rindukan nostalgia beraya di kampung :(

bukan kg baru ya tuan-tuan!
ini adalah kampung yg bersuasanakan kampung betul bak kata org dgn rumah kampung dihiasi pelita bagai. Terasa meriah sekali sambutan Aidilfitri jika dpt bermain bunga api keliling rumah, berbalas meriam buluh dengan kampung sebelah, berbasikal keliling kg sambil menyanyikan lagi raya. owh! terasa indah sungguh suasana itu ;))

Pelita minyak tanah dipasang sepanjang jalan menuju ke rumah...dan yg paling best bau varnis/ cat yg digunakan utk rumah kayu tu, aduh! bau sedapnya especially selepas hujan!
semuanya terbayang dan bermain2 di fikiran.

mampukah saya mengembalikan nostalgia raya tersebut pada zaman yg serba moden ini?mungkin boleh...jika saya mendapat jodoh dengan org kg la (ya saya bangga mengaku mmg suka hidup dalam suasana kg krn asalnya saya pun org kg ;)

sambut raya di johor berlainan skit, krn kg parents da terletak di tepi kota johor bahru juga, kg suami? mmm...di pinggiran hutan batu hartamas...jadi, raya mmg la tak berapa nk excited sgt!

oleh yg demikian, bila perasaan rindukan suasana 'kampung' da semakin melompat2

apalagi.....


kami trus ke sini!

dimana ya????

























*mana lagi*
Danga Bay, Johor Baharu!

terdapat pelbagai modul rumah kampung yg mewakili setiap negeri di Malaysia

u named it, they got it!

dtg waktu mlm mmg mendamaikan bila melihat rumah tersebut dilimpahi cahaya pelbagai warna

tangga rumah ini mengingatkan saya pada rumah lama arwah atok di muar




nampak sgt suci ya dgn limpahan lampu neon dan pokok sebagai pagar



i love tis shot!
cantik sgt backgroud bulan tu but i forgot the name of tis house ;(
rumah terengganu ke?


dan ini juga ;) isk! kalau la ada kg mcm ni...mesti happening gambar raya!
sambil bersengayut di tiang bole buat pillar dance ;P
landscape juga cun * kalau dulu, arwah atok ajak saya gunting je rumput, katanya kalau gunting, rumput lambat tumbuh *miss u arwah atok*

rumah Mersing, simple tanpa tangga
lagi cantik bila dihiasi lampu lip lap tu, cat hijau haruslah *mcm da jadi trademark rumah kg*
yg penting ianya cat kilat, kalis air dan snng dilap


ini pula! rumah yg paling happening!
spacious gile dan dibhg bawa bole buat party open house
ya! seronok kalau ada kg mcm ni *harus saya cuti sebulan utk menikmati setiap inci* kawasan rumah ini ;)




and the final one is...Rumah yg mewakili kg saya!!!





RUMAH MUAR

ya tingkap harusla bercermikn warna warni, barulah happening bila disimbahi cahaya lampu,
harus ada ruang terbuka di atas tu, utk air ventilation dan nyamuk masuk utk kita menderma darah!..patutla rumah dulu2 bila nk tido je..harus la pasang kelambu keliling katil...tgk je la lubang angin tu..besar kan? pencuri pun bole sneak-in ;)


cantik kan? siapa tanak rumah kg secantik ini kan?
terpesona saya dan terlupa saya seketika pada villa dan condo yg tumbuh seperti hutan batu di bandaraya

bila melihat rumah2 di atas, hati saya menjadi tenang serta merta, hilang seketika perasaan serbut

benar bak kata pepatah....

tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.....

walaupun rumah kampung tidak dikelilingi dgn pagar dan camera litar, tidak terdapat swimming pool, tiada rumput carpet, tidak juga dikawal oleh pak guard bangla atau Gurkha, tetapi... ketenangan dan keselamatan sgt terjamin pada waktu dahulu berbanding dgn rumah moden yg sedia ada kini...

apa kata anda?

rumah mana yg lebih mendamaikan?.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...